AI Smart Leadership – AI-Assisted Leadership Communication | OpenTraining.asia
OpenTraining.asia
← Kembali ke Senarai Modul

Modul 11

AI Smart Leadership – AI-Assisted Leadership Communication

Bantu ketua mendorong, memberi arahan, menegur dan mengurus konflik dengan lebih berkesan guna Gen AI.

Durasi

2 hari

Masa

9:00 pagi – 5:30 petang

Lokasi

Atas persetujuan bersama

Pendahuluan

Ketua berdepan situasi komunikasi yang sukar setiap hari: mahu pekerja lebih berprestasi tanpa paksaan, arahan yang tidak dilaksanakan, kesilapan yang perlu ditegur tanpa merosakkan hubungan, dan konflik kecil yang makin membesar. Kebanyakannya bukan masalah teknikal, tetapi masalah cara berkomunikasi.

Program in-house 2 hari ini ialah versi penuh dan lebih praktikal bagi siri webinar percuma Executive Talk Series 1: AI-Assisted Leadership Communication. Setiap topik dimulakan dengan ilmu dan teknik kepimpinan, kemudian ditunjukkan bagaimana Gen AI boleh membantu ketua menyediakan draf, menyemak nada dan berlatih perbualan sebelum bercakap dengan pekerja sebenar.

Peserta tidak perlu mahir AI. AI membantu, ketua tetap memutuskan. Contoh yang digunakan ialah kes rekaan atau data tanpa identiti, dan isu disiplin, gangguan, ancaman serta salah laku serius tetap mengikut polisi dan prosedur organisasi.

Objektif Pembelajaran

  • •Memahami peranan ketua dalam mendorong prestasi, memberi arahan, menegur kesilapan dan mengurus konflik.
  • •Mengenal pasti amalan ketua yang tanpa sedar melemahkan semangat pekerja.
  • •Menggunakan teknik komunikasi kepimpinan yang praktikal untuk mendorong, mengarah dan menegur dengan berkesan.
  • •Mengurus konflik antara pekerja secara diplomatik tanpa melemahkan semangat pasukan.
  • •Menggunakan Gen AI sebagai pembantu untuk menyediakan draf, menyemak nada dan berlatih perbualan sukar.
  • •Mengamalkan penggunaan AI yang bertanggungjawab merangkumi privasi, semakan dan akauntabiliti.

Hasil Pembelajaran

Selesai dari sesi ini, peserta akan pulang dengan aset kerja yang boleh digunakan, bukan sekadar nota latihan:

  • •Leadership Prompt Kit: set prompt sedia guna untuk motivasi, arahan, teguran dan konflik.
  • •Draf mesej pujian dan motivasi yang tulen dan sesuai dengan pekerja.
  • •Templat arahan kerja yang ringkas, jelas dan tegas.
  • •Draf teguran yang menjaga maruah, lengkap dengan rancangan perbualan.
  • •Pelan mengurus konflik antara pekerja yang boleh terus digunakan.
  • •Checklist penggunaan AI yang bertanggungjawab dalam komunikasi kepimpinan.

Sasaran Peserta

  • •Penyelia dan Ketua Pasukan
  • •Ketua Unit, Bahagian atau Jabatan
  • •Pengurus dan Pengurusan Kanan
  • •HR Manager dan pegawai yang menyokong ketua
  • •Mana-mana pegawai yang akan atau baru dilantik menjadi ketua

Modul Pembelajaran

Hari 1 — Mendorong & Memberi Arahan

Modul 1: Peranan Ketua & Komunikasi Kepimpinan di Era AI

  • •Peranan ketua dalam komunikasi
  • •Masalah komunikasi kepimpinan yang lazim
  • •AI sebagai pembantu, bukan pembuat keputusan
  • •Asas prompting untuk ketua

Modul 2: Teknik Mendorong Pekerja Meningkatkan Prestasi

  • •Peranan ketua dalam mendorong prestasi
  • •Amalan ketua yang melemahkan semangat pekerja
  • •Teknik membina daya pengaruh
  • •Teknik memberi pujian yang mendorong prestasi
  • •AI untuk draf pujian dan mesej motivasi

Modul 3: Teknik Memberi Arahan Kerja yang Berkesan

  • •Kesilapan lazim dalam memberi arahan
  • •Ayat arahan yang ringkas dan tegas
  • •Memberi kebebasan kepada pekerja melaksanakan arahan
  • •AI untuk menyemak kejelasan dan memudahkan arahan

Modul 4: Praktikal Berpandu — Leadership Prompt Kit

  • •Latihan situasi mendorong dan memberi arahan
  • •Bina dan uji prompt sendiri
  • •Semak dan baiki output AI
  • •Kongsi dan bandingkan hasil dalam kumpulan

Hari 2 — Menegur & Mengurus Konflik

Modul 5: Teknik Menegur Kesilapan Tanpa Menjatuhkan Maruah

  • •Peranan ketua dalam menegur kesilapan
  • •Kesilapan ketua ketika menegur
  • •Menentukan bila dan bagaimana teguran diberikan
  • •AI untuk draf teguran dan semakan nada

Modul 6: Teknik Mengurus Konflik Tanpa Melemahkan Semangat Pasukan

  • •Memahami konflik dalam organisasi
  • •Mengenal pasti punca konflik antara pekerja
  • •Kesilapan ketua ketika mengendalikan konflik
  • •Teknik mengurus konflik secara diplomatik
  • •AI untuk berlatih perbualan sukar

Modul 7: Penggunaan AI Yang Bertanggungjawab

  • •Privasi dan data tanpa identiti
  • •Semakan fakta, konteks dan nada
  • •Isu disiplin dan salah laku: ikut polisi organisasi
  • •Akauntabiliti ketua

Modul 8: Leadership Communication Challenge

  • •Simulasi situasi sebenar organisasi
  • •Mendorong, mengarah, menegur dan mengurus konflik dalam satu kes
  • •Pembentangan dan maklum balas
  • •Pelan tindakan 30 hari

Kaedah Pembelajaran

  • •80% praktikal. 20% teori.
  • •Setiap topik mengikut aliran yang sama: masalah kerja sebenar, kesilapan lazim, prinsip dan teknik, AI sebagai pembantu, rumusan.
  • •Simulasi, main peranan dan kes rekaan atau data tanpa identiti.
  • •Final Capstone: Leadership Communication Challenge.

Tentatif Program

Hari 1: Mendorong & Memberi Arahan

MasaModul/Aktiviti
09:00 - 10:15Modul 1: Peranan Ketua & Komunikasi Kepimpinan di Era AI
10:15 - 10:30Rehat
10:30 - 12:30Modul 2: Teknik Mendorong Pekerja Meningkatkan Prestasi
12:30 - 14:00Makan Tengah Hari & Rehat
14:00 - 15:30Modul 3: Teknik Memberi Arahan Kerja yang Berkesan
15:30 - 15:45Rehat
15:45 - 17:30Modul 4: Praktikal Berpandu — Leadership Prompt Kit

Hari 2: Menegur & Mengurus Konflik

MasaModul/Aktiviti
09:00 - 10:30Modul 5: Teknik Menegur Kesilapan Tanpa Menjatuhkan Maruah
10:30 - 10:45Rehat
10:45 - 12:30Modul 6: Teknik Mengurus Konflik Tanpa Melemahkan Semangat Pasukan
12:30 - 14:00Makan Tengah Hari & Rehat
14:00 - 15:00Modul 7: Penggunaan AI Yang Bertanggungjawab
15:00 - 15:15Rehat
15:15 - 17:30Modul 8: Leadership Communication Challenge, Pembentangan & Penutup